Zulkifli Nordin Dedah PKR Sudah Lama Terima Dana Asing

KUALA LUMPUR, 14 Mac — “Penglibatan badan-badan asing dalam pakatan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dah lama berlaku sebab saya sendiri ketika bertindak sebagai peguam dia pun tahu bahawa kita menerima bantuan asing. Kita menerima input, khidmat nasihat dan lain-lain daripada pihak luar dan sebagai wakil rakyat sendiri pun banyak program-program yang dianjurkan pihak asing ini,” ujar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin.

Tambahnya, beliau tidak terperanjat dengan perkara ini, kerana memang sudah berlaku dalam PKR dan di pejabat Anwar Ibrahim sendiri ada penglibatan badan-badan asing ini.

Dalam masa yang sama, Zulkifli Noordin mengakui PKR memberikan tiap-tiap calon, sama ada calon atau parti yang bertanding di satu-satu kawasan yang ditandingi bantuan kewangan untuk menjayakan kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.

“Di Parlimen Kulim Bandar Baharu sendiri iaitu Bahagian saya telah diberikan RM15 ribu peruntukan untuk menjayakan kempen PRU ke-12. Saya tidak menafikan memang kita menerima bantuan asing.

“Kita menerima latihan dari NGO asing ini, bagaimana nak berkempen dan bagaimana nak berjumpa dengan orang ramai, sampaikan saya sendiri ketika kita nak menganjurkan demostrasi telah dihantar berkursus di Viena dan di Filipina untuk mempelajari bagaimana nak berdemo. Ini semua memang tajaan badan-badan asing yang semua orang dah tahu” ujarnya yang menang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu atas tiket PKR.”

Tambahnya, penglibatan badan-badan asing ini ghairah untuk melihat kejatuhan kerajaan (Barisan Nasional) yang sedia ada sekarang ini kerana mereka mempunyai agenda sendiri di rantau Asia ini untuk memenuhi nafsu pihak-pihak tertentu.

“Yang itu kita sedar dan itulah sebabnya saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen bebas mengambil sikap menentang mereka (pakatan pembangkang) sekarang ini, kerana banyak benda yang dilakukan, boleh merosakkan Negara kita,” tambahnya lagi (Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh – Video- Roslay Raffie)

One response to “Zulkifli Nordin Dedah PKR Sudah Lama Terima Dana Asing

  1. bgtau aje dana asing mana. jgn main rekacipta wahai tuan lawyer. dulu ckp kerajaan selalu salah. tp skrg dh trbalik. wakil parti bebas tp PKR aje yg dhentam. lain xde. hairan2.. cantiklah tu.. ikut jejak ibrahim katak..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s