Ali Tinju PVTM Ugut Menteri Pertahanan Macam Pondan

Veteran tentera dakwa terima amaran dari isteri menteri

Ahmad Fadli KC
5:45PM Jun 22 2012

Persatuan Veteran Tentera Melayu menangguhkan rancangannya untuk berdemonstrasi di hadapan Kementerian Pertahanan pada 29 Jun ini, kata presidennya Mohd Ali Baharom.
Menurut Ali, penangguhan itu dilakukan kerana Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak berada di pejabat Kementerian Pertahanan (Mindef) pada tarikh tersebut.

“Kami dapat risikan Datuk Seri Zahid Hamidi tiada di Mindef pada tarikh itu. Dia ingin lari ke kem komando Mersing untuk rehat selama dua hari,” katanya.

Pada masa yang sama juga, Ali mendakwa isteri Zahid Hamidi juga menghantar SMS memberikan amaran kepadanya berhubung perhimpunan tersebut.

Ali kemudian menunjukkan satu kiriman SMS di telefon bimbitnya yang berbunyi: “Perlu diingat Datuk Seri Zahid Hamidi bukan sendirian dan (dia) bermaruah. Saya tak fikir orang-orang akan berdiam diri dan senang-senang nak buat kacau bilau depan Mindef”.

Sementara itu, ketika dihubungi, isteri Zahid Hamidi, Datin Seri Hamidah Khamis enggan memberikan sebarang komen berkenaan dakwaan Ali itu.
Beliau sebaliknya mencadangkanMalaysiakinimenghubungi Zahid sendiri berhubung perkara tersebut.
Pada masa sama, Ali berkata SMS itu tidak sedikit pun menggentarkan semangat PVTM untuk terus berdemo dan menuntut pembelaan buat veteran tentera.

“Kalau saya tiup wisel, beribu-ribu (ahli PVTM) akan turun ke Mindef. Saya tak ambil ‘pot’ pun dengan SMS itu,” katanya dengan nada tegas dan yakin pada sidang media petang tadi.

Beliau bagaimana pun tetap menggesa Zahid mengambil berat akan kebajikan veteran tentera terutamanya mereka yang bersara tanpa pencen.

Beliau menggariskan 11 tuntutan veteran tentera dan di antaranya adalah pemberian saguhati tahunan kepada mereka yang tidak berpencen.

Ali menggesa Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera (JHEV) supaya mengagihkan dana rayuan Hari Pahlawan kepada presiden-presiden kelab tentera secara adil dalam program khas.

Selepas membacakan tuntutan-tuntutan itu, beliau memberikan Zahid tempoh 136 jam untuk berdialog dengan PVTM.

Jika gagal berbuat demikian, PVTM akan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memecat Zahid.

“Kita ramai-ramai akan turun Mindef (minta Najib) pecat Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan,” katanya.

 

Untuk mengenali siapa dia Ali Tinju sila baca kisah Askarsetia :

http://askarsetia.blogspot.com/2012/06/prebet-ali-tinju-berundur-atau.html

 

PREBET ALI TINJU…. BERUNDUR ATAU …..

Naik Darah! Mana tidaknya.. Mula-mula Prebet Ali Tinju dok caci maki orang di Facebook dan di segala medium internet yang ada, hina menteri, semua orang buat salah dan dok hasut bekas tentera untuk buat demonstrasi depan MINDEF pada 29 Jun,  tetapi, dia buat penafian yang dia pernah mengajak bekas tentera untuk melakukan demontrasi di MINDEF. Sebahagian bukti telah didedahkan. Sebelum ini, dia menipu bekas tentera untuk meraih sokongan, dia seleweng dana PVTM, dia masih mempunyai kes tertangguh di SPRM,  dia fitnah janda talak tiganya dengan kenyataan yang bukan-bukan..

Telah banyak pendedahan mengenai siapakan Prebet Ali Tinju.. Sebagai contoh DI SINIDI SINIDI SINIDI SINI dan DI SINI.

Tetapi, mengapa dia tidak pernah menginsafi dosa-dosa yang dilakukan dengan perempuan-perempuan yang di angkut kehulu-kehilir dahulu? Selepas buat penafian mengenai demonstrasi, hari ni, dia buat pengumuman akan menganjurkan sidang media di kedai mamak malahan menjemput segala bala wartawan. Mahu cari publisiti murahan lagi ka? Apa punya putar belit la si Dato’ PALSU Ali Tinju ni???
Prebet Ali tidak akan berputus asa selagi cita–cita
SENATOR nya tidak kesampaian
Anehnya, mengapa kamu tidak pernah insaf dengan segala salah laku dan dosa yang pernah kamu lakukan sebelum ini? Duit PVTM kamu sapu dan sekarang kamu masih menganggap diri kamu layak untuk jadi pemimpin PVTM? Ingat sikit, ahli PVTM yang sikit tu, tidak pernah melantik kamu menjadi Presiden dan seperti HERO KAMPUNG lantik diri sendiri jadi Presiden. Keluarga sendiri musnah kerana kerakusan nafsu, dan kamu masih melabelkan diri sebagai seorang pemimpin kredibel?
Prebet Ali Tinju memang tak makan saman. Masihkah kamu ingat amoi bernama Elaine yang kamu leretkan di Karaoke News KTV Ampang Park? Bagaimana pula dengan awek yang kamu leretkan di Signature K-Box pada 18 Jun lalu? Awek askar nama Yun yang telah mengaku membuat hubungan seks dengan kamu dirumah? Perempuan yang kamu dah rosakkan bernama Hayati Ati? Ada lagi nama yang tak perlu saya sebutkan disini. Tapi takpa.. Saya dengan berbesar hati nak tolong kamu ingat muka-muka perempuan dibawah ni.
Apa macam Prebet Ali Tinju? Soal diri kamu, adakah kamu insan paling layak untuk berkata-kata mengenai hak bekas tentera seluruh Malaysia sedangkan hak isteri dan keluarga kamu nafikan? Kamu sanggup melafazkan talak TIGA semasa kamu ditangkap oleh bekas isteri kamu Rosminawati ketika sedang kemesraan dengan Hayati Ati?
Bekas isteri Prebet Ali Tinju, Rosminawati Sulaiman
Gambar dari petikan video dibawah ini yang dirakamkan pada 15 Februari 2012 menyatakan bahawa kamu baru berkahwin dan  kamu telah menceraikan Rosminawati dengan TALAK 3 pada 20 April 2012 setelah ditangkap berfoya-foya dengan perempuan lain? Suami dan ketua keluarga jenis apakah kamu ini Prebet Ali Tinju?
Sedarlah, ada beratus malahan ribuan lagi bekas tentera yang benar-benar IKHLAS dan BERSIH memperjuangkan kebajikan hal ehwal veteran berbanding kamu. Tak usah kamu hendak bermuka-muka semasa menyelinap di persatuan-persatuan bekas tentera yang lain semata-mata mahu mendapatkan sokongan dan simpati bekas tentera. Samada kamu hentikan segala usaha jahat untuk memporak-perandakan bekas tentera untuk kepentingan peribadi dan atau segala kejahatan kamu akan didedahkan satu persatu.. Ingat ayat ini..

SATU PERSATU AKAN DIBUKA….

p/s: pada pembaca, pastekan URL artikel ini ke FB Ali Tinju.. Lihat apa pula telatah dan sandiwaranya kali ini. Hentikan Sidang Media berkenaan dan berundur atau….. satu-persatu pekung akan dibuka..

One response to “Ali Tinju PVTM Ugut Menteri Pertahanan Macam Pondan

  1. Pingback: TAK MASUK AKAL! BEKAS TENTERA TAKUT UGUTAN « Khazanah Minda Politik Melayu

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s