Kabinet kekal keputusan mansuh Akta Hasutan … | Agenda Daily

kabinetnajib513Kabinet mengekalkan keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata Akta Keharmonian Nasional yang menggantikan Akta Hasutan kini dalam proses penggubalan.

“Akta Keharmonian Nasional ini akan memastikan kestabilan politik dan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Sebaik perlindungan ada di tempatnya, kita akan menarik balik Akta Hasutan,” katanya pada satu sidang media di Putrajaya ,Jumaat.

Pada Julai tahun lepas, Najib mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.

Namun, akhir-akhir ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Ahmad Zahid menegaskan Akta Hasutan harus dikekalkan bagi memelihara empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang Melayu akan dipersoal sesetengah pihak.

Selanjutnya :

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/kabinet-kekal-keputusan-mansuh-akta-hasutan-dr-ssubramaniam.html

Apa dah jadi ? Nampak seperti suara ramai pihak mahu kekalkan Akta Hasutan jadi abu tidak ada makna.

Nampak seperti Melayu sudah tidak ada lagi kekuatan pertahankan apa yang dikata.

Jika dikekalkan sudah tentu Kerajaan boleh beri alasan ia adalah mengikut suara ramai pihak walau PM sudah memberi komitmen untuk menghapuskannya.

Apa sudah jadi?

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s