Menteri @Zahid_Hamidi dan Ketua Pemuda UMNO Perak hentam Timbalan Menteri JPM

waythamoorthyxxJenayah tidak ada batasan kaum. Sepatutnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy cukup sedar hakikat ini ketika cuba mempersoalkan tindakan polis menembak mati lima suspek penjenayah keturunan India di Pulau Pinang baru-baru ini.

Kenyataan bekas pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Hindraf yang dilihat cuba main politik dalam soal tugas politik membenteras jenayah ini terus mengundang reaksi.

Sebagai menteri yang bertanggong jawab keatas polis,Datuk Seri Zahid Hamidi tidak dapat menyembunyikan rasa kurang senang beliau terhadap gelagat itu.

Sekalipun tidak menyebut nama Waytha Moorthy secara spesifik beliau menegaskan pemimpin berkenaan harus melepaskan jawatan kerajaan jika kenyataan yang dikeluarkannya masih “bersifat seperti NGO.”

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan perasmian semasa “Forum Pencegahan Jenayah: Undang-undang semasa dan langkah-langkah untuk mencegah jenayah kekerasan secara berkesan” di Petaling Jaya Sabtu.

Tegasnya lagi, dalam usaha memerangi jenayah, penjenayah seharusnya tidak menerima simpati umum.

“Jika ada seorang tokoh yang pernah ketuai NGO, dan jadi anggota pentadbiran memberi komen negatif, berhenti dari kerajaan, duduk dalam NGO semula,” katanya.

Ekoran kejadian di Pulau Pinang,Waytha Moorthy dilaporkan media berkata beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.

Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO bagaimanapun ketika ditanya pada sidang media adakah kenyataan itu dikeluarkan merujuk kepada Waytha Moorthy hanya berkata: “awak faham-faham sendirilah.”

Beliau juga sebelum ini dilaporkan menasihati Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.

“Beliau jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan, beliau bukan pemimpin Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis,” kata Zahid dipetik laporan media.

Sementara itu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak Khairul Azwan Harun mendesak Waytha Moorthy memohon maaf kepada seluuruh anggota PDRM kerana keceluparannya tempoh hari.

Beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri itu menyinggung perasaan anggota PDRM dan juga keluarga mereka.

Khairul Azwan yang ditemui wartawan sabtu berkata kenyataan itu sangat tidak bertanggungjawab, yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang Timbalan Menteri.

“Hari ini bukan soal suspek dari kaum India, hari ini soal jenayah kita tidak mengira latar belakang kaum, agama ataupun status, ada juga suspek di kalangan Melayu, Cina dan bangsa-bangsa lain yang sebelum ini telahpun ditangkap dan juga dibunuh.

“Jadi jangan cuba sekali-kali mempolitikkan isu ini dengan memainkan isu perkauman dalam usaha polis mencegah jenayah,’’ katanya.- 2/8/2013

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/zahid-dan-ketua-pemuda-umno-perak-hentam-timbalan-menteri-jpm.html

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s