Email : Borang Pencalonan keluar hari ini – ukurlah baju di badan sendiri

“Borang keluar Sabtu ini, ukurlah baju…” (Utusan)

SABTU ini, 14 September bermulalah persaingan untuk mengisi jawatan-jawatan dalam UMNO apabila borang pendaftaran calon diedarkan.

Setiap satu borang ada empat salinan yang perlu diisi. Dengan format baharu ini, tawaran untuk bertanding terbentang luas depan mata.

Seseorang hanya perlu melepasi kelayakan minimum sekurang-kurangnya menjadi ahli jawatankuasa (AJK) bahagian dalam sepenggal atau tiga tahun sahaja untuk bertanding apa sahaja jawatan, hatta Presiden sekalipun.

Tiada lagi kuota tertentu untuk dilepasi macam dulu, seperti Presiden (30 peratus), Timbalan Presiden 25 peratus, Naib Presiden 20 peratus manakala Ahli MT (10 peratus). Atau sebelum UMNO diharamkan pada 1988, yang mengkehendaki sesiapa yang bertanding memerlukan dua pencalonan daripada bahagian.

Kali ini, kelayakan itu dipermudahkan untuk memberi ruang kepada lebih ramai ahli UMNO di peringkat bawah hak memilih pemimpin. Ia sebahagian daripada transformasi politik Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diperkenalkannya.

“Dalam borang itu, ada jawatan-jawatan yang perlu diisi untuk ditandingi…apa sahaja jawatan, cuma perlu isi satu sahaja.

“Tempoh serah borang ialah pada 21 September, untuk jawatan MT termasuk Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden perlu dihantar ke ibu pejabat oleh calon atau wakil calon dengan disahkan menerusi sepucuk surat ditandatangani calon.

“Borang untuk jawatan peringkat bahagian pula boleh dihantar ke pejabat perhubungan UMNO negeri,” kata Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh kepada penulis semalam.

Pemilihan UMNO kali ini penting untuk memastikan parti terus berdiri tegap berkhidmat kepada rakyat sebelum mendepani Pilihan Raya Umum ke-14.

Ada pihak berkata, kalau benar UMNO mahu perubahan, sekurang-kurangnya separuh daripada ahli MT perlu ditukar. Benarkah? Itu terserah kepada 146,500 perwakilan UMNO di seluruh negara.

Lusa ini, sebelum menanda jawatan yang ingin ditandingi, fikirkanlah jawatan yang sesuai. Anda ada seminggu untuk berbuat demikian sebelum satu jawatankuasa penilaian membuat saringan ketat termasuk bebas dari bankrupsi, untuk persaingan muktamad pada Oktober.

Ukurlah baju di badan sendiri.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s