Melayu tidak masuk DAP kerana Utusan Malaysia – Apa Punya Gila ?

MelayuTakMasuk DAP KeranaUtusan – ApaPunyaGila?

Blog Lim Kit Siang, baru-baru ini menyiarkan tulisan Liew Chin Tong, Ahli Parlimen DAP Kluang yang bertajuk ‘What Utusan Doesn’t Know About DAP’ (Apa yang Utusan Tidak Tahu Mengenai DAP).

Liew sebagai calon yang mendapat undi tertinggi menganggap bahawa serangan Utusan terhadap Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP kerana gagal mendapat undi tertinggi dalam pemilihan semula CEC sebagai melucukan. Hujah Liew lagi, sistem pemilihan CEC DAPdilakukan secara lebih demokratik denganmembandingkannya dengan sejarah pemilihanUMNO.

Sedangkan hakikatnya, UMNO telah menyaksikan pertukaran Presiden dan Naib Presiden beberapa kali tetapi DAP masih dipegang oleh orang yang sama sejak dahululagi.

Oleh itu, pertama sekali, kita ingin bertanya Liew bahawa benarkah serangan Utusan terhadap Lim Guan Eng itulucu? Kita percaya, jika ia lucu, maka Liew tidak akanmembuang masa menulis artikel ini untuk membela DAP dan menjaga air muka Lim Guan Eng.

Keduanya, Liew nampaknya telah tidak faham isu yangditulis oleh Utusan Malaysia mengenai CEC DAP – mungkin kerana masalah pemahaman bahasa?

Untuk pengetahuan Liew, isu di sini bukan tentang sistempemilihan siapa yang lebih demokratik antara DAP danUMNO, tetapi tentang kenapa 753 perwakilan DAP telahtidak menerima notis mesyuarat bagi pemilihan CECDisember lalu? Dan kenapa DAP menyatakan bahawamereka menghantar surat memberitahu tidak akan hadirsedangkan mereka menafikannya? Dan ia juga berkenaankenapa 851 perwakilan telah tidak hadir dalam pemilihansemula yang diadakan pada 29 September lalu dan jugakenapa terlalu ramai calon yang menarik diri di saat akhir?

Kenapa Liew tidak menjawab isu ini? Kenapa perlu ditudingjari kepada Utusan, ROS, UMNO dan serata arah? Bukankahsemua soalan ini mudah sahaja?

Justeru, rakyat semakin yakin bahawa semua yang berlaku initentunya ada kena mengena dengan jumlah undi Lim GuanEng walau berapa pun undinya.

Liew juga membangkitkan soal UMNO yang bersifatperkauman dan membandingkan dengan DAP yang menerimaZairil Khir Johari, kononnya seorang Melayu, untukmemegang jawatan dalam CEC. Nampaknya, Liew bukansahaja tidak faham bahasa tetapi tidak habis membaca . JikaLiew membaca, beliau tentu tahu bahawa pendedahan telahdibuat secara besar-besaran oleh semua pihak bahawa Zairilbukan Melayu dan semua orang-orang Melayu sudah tahuakan hakikat ini.

Nama Zairil ialah Christopher dan bapanya ialah Howard Lim. Apa Liew ingat orang Melayu UMNO sama bodohdengan Melayu DAP untuk ditipu mengenai bangsa Zairil?

UMNO adalah parti Melayu, kerana itu ia bekerjasamadengan MIC dan MCA bagi memastikan kaum lain tidakterpinggir. Dengan cara itu, kaum India dan Cina turutmempunyai platform yang sama kuat dengan UMNO untukbersuara dalam politik negara.

Berbeza dengan DAP, yang walaupun mendabik dada sebagaiparti berbagai kaum tetapi DAP tidak memberi peluang untukMelayu dan India bersuara. Malah, kemelut yang melandaCEC juga adalah berpunca dari majoriti perwakilan dari kaumIndia telah dinafikan hak mengundi .

Untuk kaum Melayu pula, DAP terus menipu denganmeletakkan Christopher Lim sebagai wakil Melayu! Walhal,ada beberapa lagi Melayu lain yang telah berdekad-dekatmembodohkan diri kepada DAP tidak pula dilantik sebagaiwakil Melayu. Mungkin DAP tahu, bahawa mereka bodohsebab itu tidak dilantik kerana kalau tidak bodoh manamungkin mereka terus setia bersama DAP sebegitu lamabiarpun dipijak-pijak dan disepak-sepak selalu.

Sungguh melucukan (inibarubetul-betullucu) apabila Liewmenyalahkan Utusan Malaysia sebagai punca tidak ramaiMelayu menyertai DAP. Kononnya, berita-berita yangdilaporkan oleh Utusan dan juga TV3 serta media-media UMNO lain sering menggambarkan DAP sebagai begituburuk sehingga orang Melayu takut untuk menyertai DAP.

Hakikatnya, DAP berbuat yang sama terhadap UMNO denganmenggambarkan UMNO begitu rasis agar orang-orang Cinamenjauhkan BN. Tetapi, apa yang DAP tuduh terhadapUMNO tidak benar dan mudah dipatahkan kerana seluruhdunia tahu betapa bertuahnya kaum Cina di Malaysia yangdiperintah oleh BN dan diterajui oleh UMNO!

Sebaliknya, keburukan DAP yang disampaikan oleh UtusanMalaysia adalah benar belaka dan ia disahkan sendiri olehDAP melalui apa yang terjadi dalam pemilihan CEC. Kesimpulannya Melayu tak masuk DAP bukan kerana UtusanMalaysia, tetapi kerana Melayu tidak mahu diperintah olehkiasu penipu, rasis, chauvinis dan komunis.

Justeru, berbalik kepada artikel Liew yang bertanya ‘apa yangUtusan tidak tahu tentang DAP’, maka jawapannya mudahiaitu Utusan tidak tahu kenapa 753 perwakilan DAP tidakmendapat notis mesyuarat CEC Disember lalu dan ke manaperginya 851 perwakilan DAP dalam pemilihan semulaSeptember lepas.

Bolehkah Liew tolong jawabkan?

Tulisan oleh Pengirim email tidak dikenali

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s