Blog OutSyed The Box Peminat tokoh Anti-Hadis Dr Kassim Ahmad ?

Diturunkan di bawah artikel YDP Blogger Pembela negara berkenaan isu anti hadis melibatkan blog terkenal Outsyedthebox.

Barangkali tindakan menyerang kepimpinan tertinggi negara ada kaitan dengan ajaran ini.

Baca dan nilaikan apa yang didedahkan takut negara akan terancam dengan gerakan ini.

Apa Motif Blog OutSyed The Box Siar Tulisan Dr Kassim Ahmad @ Anti Hadis – Hina Imam Syafei ???

Saya pernah mendengar Blogger Outsyedthebox anti hadis. Kebetulan pula petang ini saya melihat buktinya yang kebetulan terjumpa semasa membuat sedikit berkenaan ajaran sesat di Malaysia.

Gambar : Blogger outsyedthebox di tengah bersama PM DS Najib Razak dan Mantan PM Tun Mahathir

Saya tidak kenal dekat Blogger Blog House aka Elit ini. Walaupun ada yang kalangan mereka pernah saya temui seperti Rocky Bru Theunspinners dan Apanama. Mereka ini satu kumpulan yang sangat bijak dan fasih Inggeris walau mungkin bilangan hits mereka tidak sehebat blog lain. Cuma akhir akhir ini kerap menghentam Najib walaupun sebelum PRU13 dikatakan amat rapat dengan beliau sehingga dicemburui pihak Blogger kumpulan lain.

Mohon alim ulama dapat memberi pandangan tentang entri oleh Blogger ini yang dikhuatiri boleh membawa penyelewengan kerana mempopularkan tokoh anti hadis yang menghina Imam Syafei dan memberi maksud seperti hadis sudah diragui kesahihannya.

Salinan imej artikel :

Meskipun beliau seorang berani dan saya salah seorang yang kagum dengan kelantangannya menegur Pembangkang termasuk pihak kerajaan namun jika ada niat mahu sebar ajaran sesat maka kita tidak boleh kompromi.

Saya juga ada menemui virus ini yang sudah berkembang dan cuba menyusup dalam kumpulan penyokong Tun Mahathir. Kumpulan sebegini memang licik masuk geng VVIP termasuk keluarga Pak Lah melalui isteri KJ dan Marina Mahathir sebelum ini. Saya khuatir alasan logik bab agama disediakan puak ini kepada Tun Mahathir sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap Umno dan Barisan Nasional sebelum ini seperti isu hudud dll.

Semoga Allah memberi taufik hidayat kepada kita semua dari disesatkan dengan ajaran sesat samada wahabi Syiah islam liberal ajaran Batiniyah dll.

Petikan tulisan Dr Kassim ahmad di blog dimaksudkan :

Saya menulis esei ini untuk menjelaskan sekali lagi masalah Hadis, kerana ketaksuban umat Islam berpegang kepadanya. Kesilapan besar ini berpunca daripada umat Islam sendiri melalui tokoh agamawan mereka, Imam Shafi’e. Di antara kewaftan Nabi Muhammad pada 632 T.M. dengan kemunculan pengumpul-pengumpul Hadis yang masyhur, Imam-imam Bukhari, Muslim dan lain-lain, wujud satu jurang masa antara 150 hingga 200 tahun.

Perhatikan bahawa Imam Shafi’e itulah yang telah menciptakan doktrin bahawa undang-undang Islam berdasarkan dua sumber utama, iaitu Quran dan Hadis dengan menyalah-tafsirkan ayat 4: 59. Ayat ini berbunyi: “Hendaklah kamu taat kepada Allah, dan hendaklah kamu taat kepada rasul, dan kepada mereka yang berkuasa di antara kamu …” Makna ayat ini sebenarnya: Orang Islam wajib berpegang kepada Quran sebagai sumber hukum yang pertama; pihak berkuasa boleh membuat undang-undang tambahan dengan syarat undang-undang tambahan ini tidak bercanggah dengan ajaran Quran.

Di antara tarikh kewafatan Nabi Muhammad (632 T.M.) dengan kemunculan doktrin baru yang digubal oleh Imam Shafi’e (m. 827), umat Islam berpegang kepada Quran, dan amalan-amalan Nabi Muhammad yang benar-benar sahih, seperti Piagam Madinah, Perjanjian Hudaibiyah, surat-surat beliau kepada pembesar-pembesar Parsi dan Romawi dan sebagainya, diterima sebagaiprecedent atau kebiasaan yang boleh diikut, jika sesuai, tetapi tidak diwajibkan. Yang mewajibkan itu, dengan doktrin dua sumber utamanya, Imam Shafi’e.

Mungkin Imam Shafi’e mempunyai sebab-sebab tertentu mewajibkan Hadis, tetapi apa yang nyata, doktrin beliau menyalahi ajaran Quran. Hanya selepas beliau menghalalkan Hadis sebagai sumber hukum bersama dengan Quran, barulah pengumpul-pengumpul Hadis muncul. Hakikat ini disahkan oleh pengkaji-pengkaji Hadis, sama ada dari kalangan sarjana Islam atau bukan Islam.

Sepenuhnya :

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/02/dr-kassim-ahmad-menulis-berkenaan-hadis.html?m=1

Source :

http://www.penembak-tepat.com/2014/01/apa-motif-blog-outsyed-box-siar-tulisan.html?m=1

Sent from my Sony Ericson

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s