Keputusan hapus ruangan kaum dalam borang hakis identiti etnik

KUALA LUMPUR 7 Mei – Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini membantah sekeras-kerasnya keputusan Jemaah Menteri untuk menghapuskan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menegaskan, keputusan itu dilihat sebagai satu langkah halus untuk menghakis identiti kaum di negara ini.

Beliau berkata, alasan kononnya keputusan itu untuk memupuk perpaduan budaya pelbagai kaum di negara ini adalah tidak berasas kerana perpaduan hanya boleh dikecapi melalui perubahan sikap bukannya penghapusan ruang dalam borang.

“Saya terkejut dengan keputusan ini. Perubahan dalam sesuatu borang tiada mengena dengan usaha perpaduan kerana ia berfungsi untuk mengenali kaum. Orang Melayu yang juga bumiputera memiliki banyak bantuan keistimewaan daripada kaum lain.

“Saya tidak nampak manfaat daripada keputusan ini. Kalau hendak pupuk perpaduan kaum, apa kata laksana sekolah satu aliran? Benda pokok tidak buat, tapi benda yang remeh pula buat buat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Jemaah Menteri hari ini bahawa ruangan kaum akan dihapuskan dalam borang-borang rasmi termasuk borang permohonan kerja di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), permohonan pasport dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, keputusan itu dibuat kerana ia tidak mempunyai nilai tambah dalam usaha kerajaan memupuk perpaduan budaya pelbagai kaum di negara ini.

Menurutnya, ruangan kaum ketika mengisi borang rasmi untuk memohon bantuan di JKM tidak perlu kerana semua rakyat berhak mendapatnya tanpa mengira kaum.

Dalam pada itu, Pengerusi Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli mendesak kerajaan tidak termakan hasutan dari pihak-pihak tertentu yang berniat untuk menghapuskan sedikit demi sedikit hak keistimewaan orang Melayu.

“Kerajaan perlu mengutamakan kaum pribumi terlebih dahulu. Tidak wajar untuk berbuat demikian kerana kita perlu beri keistimewaan kepada kaum pribumi di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia, Mohammad Nazlee Aziz Yeop menegaskan, keputusan itu dikhuatiri akan lebih menyebabkan ketegangan kaum.

“Kita selama ini hidup dalam harmoni dengan identiti kaum masing-masing. Kenapa perlu dihapuskan pula identiti-identiti ini? Berfikir sebelum melakukan sebarang tindakan yang kontroversi seperti ini,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140508/dn_03/Keputusan-hapus-ruangan-kaum-dalam-borang-hakis-identiti-etnik#ixzz316cULcOe
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sent from my Lenovo

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s