myMetro | Calon bebas PRK Bukit Gelugor Abu Backer patah rusuk kiri ‘dilanggar’ kereta rasmi @cmlimguaneng

Georgetown: Calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek Mohamad Zan kini menerima rawatan di Hospital Loh Guan Lye kerana mendakwa mengalami kecederaan akibat ‘dilanggar’ kereta rasmi Ketua Menteri, Lim Guan Eng, kelmarin.

Dia kini masih ditahan di hospital terbabit kerana dikatakan patah rusuk kiri akibat kemalangan itu.

Dalam kejadian di depan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) 2 petang kelmarin, Abu Backer cuba bertemu dengan Guan Eng bagaimanapun dia dihalang pengawal keselamatan.

Dia kemudian bertindak pelik apabila melompat ke arah kenderaan rasmi itu sebelum bergolek di bawah kereta berkenaan.

Foto

ABU Backer ditahan di Hospital Loh Guan Lye kerana dikatakan patah rusuk kiri akibat kemalangan. FOTO NSTP

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berhubung tindakan calon bebas terbabit.

http://www.hmetro.com.my/articles/AbuBackerpatahrusuk/Article/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s