Kenyataan Naib Presiden Umno @Hishammuddinh20 Salahkan Pemuda Umno Adalah Tidak Patut !!!!!

Pemuda Umno melalui Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Saudara RaZlan membuat bantahan kepada DAP kerana mengatakan Umno celaka.

Ketika ramai pemimpin menyebut punca kemarahan pemuda Umno kerana keceluparan DAP termasuk Timbalan Presiden TS Muhyiddin dan Naib Presiden Ahmad Zahid ketika itu juga Hisham membuat kenyataan sebaliknya.

http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140524/po_01/Rayer-disifatkan-sebagai-biadab-Muhyiddin

Ramai ahli Umno amat marah dengan keceluparan DAP namun mereka masih waras dengan tidak membuat perkara yang melanggar undang-undang walau mereka mampu lakukan.

Kerana itu sepatutnya pemimpin yang sayangkan Umno akan mengutuk pemimpin DAP yang kurang ajar dengan Umno namun pemuda Umno yang disalahkan !!!

Kita tak akan dapat terima kenyataan pemimpin seperti Hisam yang suka-suka salahkan pemuda kita.

Dia pernah jadi ketua pemuda sepatutnya tahu pemuda perlu menjadi barisan hadapan parti kita bukan lembik dan apologetik tak tentu hala.

Jika ini perangai Naib presiden Umno sudah tentu kita tak dapat menjamin maruah Umno akan dapat dipertahankan jika beliau jadi Presiden.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s