TNB Beli Projek Arang Batu 3B Milik 1MDB 

1MDB bermasalah bila ‘let go’ Projek 3B kepada TNB – Khairuddin

KUALA LUMPUR: Dakwaan penglibatan secara langsung Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mengambil alih projek loji kuasa arang batu 2,000 megawatt atau dikenali Projek 3B daripada  1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu tidak stabil dan bermasalah.
    

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, keputusan itu jika benar tidak menghairakan kerana 1MDB kini tidak boleh menutup kelemahan mereka lagi terutama dari aspek kewangan.

“Saya secara peribadi menyokong pengambilalihan projek ini oleh TNB demi menjamin bekalan elektrik yang cukup untuk masa depan negara.

“Ini amat penting, tambahan pula TNB adalah agensi tenaga eletrik di tanahair kita. Tetapi persoalannya kini di mana pergi dana dan kewangan 1MDB?

“Dahulu Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy membuat kenyataan kewangan 1MDB masih kukuh namun apa yang terjadi sekarang membuktikan setiap isu sebenar dan hutang 1MDB selama ini masih tidak terjawab,” katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

BACA: Tarif elektrik kekal sehingga Jun 2015

Khairuddin mengulas laporan sebuah akbar yang mendakwa TNB telah mengambil alih Projek 3B daripada 1MDB supaya projek itu dapat dimulakan dengan segera.

Laporan itu memberitahu, 1MDB dan rakan niaganya, Mitsui & Co Ltd telah memenangi tender projek bernilai RM11 bilion itu menerusi tender terbuka kontroversi pada Februari lalu, menewaskan YTL Power International, TNB dan Malakoff Corp Bhd.

Akhbar itu yang memetik sumber sebagai berkata, TNB telahpun memulakan perbincangan dengan Mitsui & Co Ltd untuk memulakan projek itu.

Ia juga telah berunding dengan jurutera daripada Toshiba Corp, IHI Corp dan Hyundai Group, yang mendapat kontrak kejuruteraan, Pemerolehan dan Pembinaan (EPC) projek berkenaan.

TNB juga dilaporkan telah memperuntukkan sejumlah RM500 juta untuk memulakan projek itu secepat mungkin selepas 1MDB dikatakan menghadapai masalah aliran tunai untuk memulakan Projek 3B itu, kata sumber itu seperti dilaporkan akhbar berkenaan.

Dalam pada itu kata Khairuddin, rakyat mahu tahu apa yang sudah terjadi dengan kewangan 1MDB yang diagihkan pada awalnya untuk projek loji kuasa berkenaan.

“Kita hendak tahu apa terjadi dengan duit-duit 1MDB dan ke mana perginya dana yang diagihkan untuk melaksanakan projek janakuasa 3B.

“Dalam isu ini Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) harus dipersalahkan dan perlu memberi penjelasan kerana meluluskan perundingan terus untuk 1MDB memenangi kontrak ini. 

“Ini membawa makna Suruhanjaya Tenaga dan keTTHA tidak bijak melaksanakan langkah sepatutnya ke atas 1MDB.

Kini secara tidak langsung ianya membebankan TNB kerana terpaksa mengguna dana Kerajaan serta wang rakyat untuk menyelamatkan 1MDB,” jelasnya.

Tegasnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta campur tangan dan segera menyiasat punca anugerah kontrak rundingan terus ini diluluskan.

“Banyak lagi syarikat lain yang mempunyai kepakaran serta rekod baik dalam bidang ini ditolak. Apakah jaminan pengambilalihan kontrak ini oleh TNB bakal memberi keuntungan serta pulangan yang baik?

“Pengambilalihan kontrak ini berdasarkan kepada terma-terma 1MDB. Semua perkiraan kewangan untuk memenangi kontrak ini dikira oleh 1MDB berdasarkan kepada ramalan aliran tunai mereka,” katanya.

Jelas Khairuddin lagi, TNB mesti bersikap telus dan memberi penerangan secara komprehensif terhadap prospek dalam mengambil-alih projek janakuasa 3B ini. 

“TNB harus menjamin ianya tidak akan membebankan kedudukan kewangan masa depan mereka.

“Jangan sampai pisang berbuah dua kali sekiranya laporan ini ada asas kebenarannya,” ujarnya.

Mengikut kontrak, 1MDB-Mitsui bertanggungjawab untuk membina, memiliki dan mengendalikan loji janakuasa arang baru 2 x 1000 MW di Loji Janakuasa Bebas Jimah pada tarif pelarasan 25.33 sen/kWh.

Loji janakuasa itu akan beroperasi secara berperingkat bermula 1 Oktober 2018 (Unit 1) dan 1 April 2019 (Unit 2) dengan tempoh konsesi selama 25 tahun.

Bagaimanapun, 1MDB dilaporkan telah memohon kepada Suruhanjaya Tenaga supaya tarikh yang sepatutnya beroperasi pada 15 November 2018, dianjak enam bulan kepada 15 Mei 2019 bagi Unit 1 dan 15 November bagi Unit 2.

Pembangunan Projek 3B itu adalah bagi memenuhi keperluan kapasiti janakuasa di Semenanjung bermula 2018.

BACA: Kenapa Tabung Haji beli tanah senyap-senyap? – Khairuddin

BACA: Tabung Haji: Mufti Perlis desak mereka yang terlibat dibawa ke mahkamah

BACA: TH putuskan jual tanah TRX – Pengerusi TH


RANGKUMAN  KENYATAAN: Isu transaksi Tabung Haji, 1MDB

Sebelum ini 1MDB mengesahkan pembelian Tabung Haji bagi pelaburan hartanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX).

Bagaimanapun, pada Sabtu Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memberitahu mereka memutuskan untuk menjual semula tanah seluas 1.5 ekar (0.61 hektar) itu sebagai menghormati sensitiviti dan kepercayaan pendeposit. Sumber



Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s