Sidang Media Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia

Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji Mulia pada hari ini telah melakukan satu sidang media berkenaan dakwaan Tun Mahathir yang mengatakan beliau telah meletakkan jawatan.

Sidang media yang berlangsung di kediaman rasmi Speaker Dewan Rakyat di Bukit Tunku berlangsung kira-kira 20 minit pada sekitar jam 2.00 petang tadi.

Menurut Pandikar Amin, beliau ada berjumpa secara peribadi dengan Tun Mahathir untuk membincangkan hal di parlimen pada Mac yang lalu. Beliau turut menyatakan bahawa perbincangan tersebut adalah sulit dan beliau berjumpa dengan Tun Mahathir untuk meminta nasihat sebagai ayah dan anak.

image

Kata Dua Adik Najib

Beliau mengakui kecewa dengan Parlimen sekarang apabila bersidang dengan banyak perkara remeh dibangkitkan oleh ahli parlimen.

Beliau mengakui juga bahawa di dalam perbincangan tersebut, beliau berhasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat. Agak memeranjatkan bagi beliau apabila Tun Mahathir bukan sahaja tidak menghalang hasrat beliau tersebut malah memintanya untuk mempercepatkan lagi.

“Saya curahkan isi hati kepada Tun M seumpama seorang anak kepada bapa. Seperti mana dimaklumkan, Tun M mungkin terlalu ghairah hendak menjatuhkan Najib kerana menyarankan saya untuk meletak jawatan,” katanya.

Namun, Pandikar Amin telah membatalkan hasrat tersebut kerana Dato’ Sri Najib berjanji akan melakukan transformasi ke atas Parlimen itu sendiri.

“Najib tidak terima malah tidak membuka surat perletakan jawatan saya dan tidak mahu isu ini berpanjangan,” kata Pandikar Amin.

“Jika apa yang diminta untuk penambahbaikan parlimen tak dijalankan, saya tidak teragak-agak untuk resign,” tambahnya lagi.

Pandikar Amin menyatakan kekesalan beliau dengan perbuatan Tun Mahathir yang bertindak untuk mendedahkan perbincangan sulit tersebut. Perkara tersebut adalah luahan hati beliau sendiri dan tidak wajar untuk Tun Mahathir mendedahkannya tanpa keizinan beliau.

“Saya tidak aibkan Tun M tetapi dia mengaibkan diri sendiri kerana membocorkan rahsia perbincangan kami,” kata Pandikar Amin lagi.

Tun Mahathir juga sepatutnya menghubungi beliau terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian samada beliau telah benar-benar mahu meneruskan hasratnya untuk meletakkan jawatan atau tidak dan bukannya hanya berdasarkan perbincangan sulit yang diadakan pada 2 bulan lepas.

image

Di akhir sidang media tersebut, Pandikar Amin berseloroh dengan menyatakan jangan kejar beliau lagi di parlimen.

“Saya harap selepas ini semua selesai, jangan kejar saya di parlimen, telefon saya untuk isu ini lagi,” tambahnya lagi.

Ulasan : nampak isu ini semakin panas apabila ada pihak cuba mengesahkan sesuatu dan menafikan sesuatu.

Kenyataan ini walau lambat namun menyatakan dengan jelas bahawa beliau memang meletak jawatan.

Sedikit sebanyak kedua pihak samada Tun Mahathir dan Pandikar Amin sudah tercalar dengan isu ini.

Namun untuk mengatakan pr lebih bagus memerintah jauh sekali.

Bn hanya perlu ditukar pemimpin bukan ditukar kepada parti lain memerintah Malaysia.

Krisis ini akan mematangkan lagi politik negara selain memastikan unsur penyelewengan (jika ada) tidak akan merosakkan masa depan kita semua.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s