YB TS Annuar Musa Dedah Plot Agenda Mahathir

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) — Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup melakukan apa sahaja termasuk mempergunakan orang lain demi mencapai agenda politik peribadinya.

Annuar berkata bekas perdana menteri itu merupakan seorang strategis dan sepanjang karier politiknya, matlamatnya sentiasa menghalalkan cara.

“Beliau seorang strategis. Kita perlu lihat beberapa langkah ke hadapan
termasuk apa yang telah dilakukan baru-baru ini (Deklarasi Mahathir yang
bertujuan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak).

“Bagi Dr Mahathir, (apabila bersekongkol dengan pembangkang), matlamat
menghalalkan cara dan beliau sangat cekap dalam menggunakan orang lain demi merealisasikan impiannya,” kata Annuar ketika menjadi tetamu program ‘Soal
Jawab’ di TV3, Sri Pentas, hari ini.

Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh berkata permainan politik itu juga
dapat dilihat sepanjang beliau (Dr Mahathir) memimpin negara ini sebagai perdana menteri ke-4.

“Ada satu waktu, beliau tidak suka kepada Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li kerana sebab tertentu. Bayangkan, Ku Li, orang yang bina PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra), urus perbelanjaan parti, juga Naib Presiden (ketika itu) tetapi
Mahathir tidak suka caranya.

“Oleh kerana beliau tidak mahu mengambil Ku Li, maka atas kepintaran
politiknya, jawatan itu dipertandingkan dan secara langsung dia beri sokongan
kepada (Datuk Seri) Musa Hitam (kini Tun) untuk mengalahkan Ku Li,” katanya.

Annuar mendakwa, namun selepas Dr Mahathir tidak selesa dengan pengaruh
Musa, beliau mula mempergunakan Tun Ghafar Baba menyingkirkan Musa.

Namun selepas itu, Dr Mahathir berpaling tadah lagi dan memberi sokongan
kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga memenangi jawatan menjadi timbalan presiden UMNO dengan menyingkirkan Ghafar.

“Apabila perjalanan politik Anwar menjadi kuat malah membina kekuatannya
sendiri yang akhirnya menimbulkan lagi kebimbangan, maka Dr Mahathir sekali lagi
menggunakan strategi dan permainan yang sama untuk menyingkirkan Anwar,”
katanya.

Annuar berkata Dr Mahathir kemudian sekali lagi mempergunakan Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah yang merupakan anak jati Pulau Pinang untuk menjadi
Timbalan Presiden UMNO yang seterusnya menjadi Perdana Menteri.

“Usaha itu dengan harapan kuasa masih di tangan Dr Mahathir sehingga di saat
beliau tidak menyukai Paklah, Datuk Seri Najib pula digunakan.

Dan terkini, beliau menggunakan Tan Sri Muhyiddin Yassin pula untuk mengatur segalanya bagi
memastikan usaha beliau menjatuhkan Najib berjalan lancar.

“Memandangkan usaha tersebut gagal, Dr Mahathir menjelmakan pula Deklarasi
Rakyat (Jumaat lepas). Malah beliau sanggup bekerjasama dengan pembangkang setelah tidak mendapat sokongan dari UMNO sendiri termasuk dalam isu pemecatan anaknya, (Datuk Seri) Mukhriz,” dakwanya.

Annuar berkata apa yang dilakukan Mahathir itu jelas tidak melambangkan
perjuangannya dalam parti tetapi lebih kepada dendam, kepentingan dan agenda
peribadi. – BERNAMA

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s