Tuduhan Terhadap Zahid Hamidi Dipinda Dan Ditambah Lagi Di Akhir Perbicaraan

Tuduhan telah dipinda di saat perbicaraan sudah menghampiri penghujungnya. Ketika suasana politik semakin panas nampaknya rakyat telah dihidangkan dengan pindaan yang menjadikan kes dilihat akan menambah hukuman kepada Presiden UMNO tersebut.

Semasa menjawab pertuduhan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid turut menyatakan dengan nada sinis :

“Saya faham tuduhan ini untuk memberatkan hukuman kepada saya. Terima kasih. (Saya) Tidak mengaku (salah),”

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-rasuah-zahid-mengaku-tidak-bersalah-atas-pertuduhan-pindaan-libatkan-cek-bernilai-rm75-juta-286952

Sepatutnya pindaan tidak wajar dilakukan ketika perbicaraan sudah menghampiri garisan penamatnya. Terbaru 35 cek telah dikemukan di mahkamah berbanding hanya 30 keping sebelum ini.

Sudah tentu ia akan membina persepsi bahawa Presiden UMNO sedang ditekan dengan kes mahkamah kerana enggan untu tunduk kepada kehendak parti pemerintah diketuai PPBM.

Selepas beliau juga turut diserang dengan dakwaan mahu menjalinkan pakatan politik atas nama penjajaran baru dengan parti yang tidak digemari majoriti Melayu iaitu PKR dan DAP. Namun ia telah dinafikan dengan rasmi dan juga perbuatan merujuk kepada kes pertukaran MB di Perak baru-baru ini.

Sebelum beredar baca ulasan peguam bela DS Ahmad Zahid Hamidi berkenaan perjalanan kes beliau.

Viralkan agar rakyat dapat menilai dengan telus perjalanan kes mahkamah Presiden parti majoriti orang Melayu Islam ini..

untuk rekod kronologi kes mahkamah terhadap Ahmad Zahid Hamidi bermula pada Julai 2018 dua bulan selepas PRU 14 pada bulan Mei 2018.

Semasa pemerintahan kerajaan PH banyak kes pemimpin PH digugurkan seperti kes Lim Guan Eng manakala pemimpin BN / UMNO pula semakin rancak dinaikkan. Seperti mantan Presiden Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak selain Dato’ Seri Ahmad Maslan, Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor dan ramai lagi.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/31/bn-bimbang-pengguguran-kes-mahkamah-pemimpin-ph/

Manakala pemimpin yang berjaya menyeberang ke PPBM pula telah terpelihara dari sebarang tindakan mahkamah dan sehingga kini tiada seorang pun yang didakwa kerana kes di mahkamah meskipun ramai bersuara bahawa mereka juga patut didakwa dan ada kes yang boleh dijadikan pendakwaan di mahkamah.

Baca kronologi sepenuhnya di bawah sini : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kronologi-kes-rasuah-zahid-hamidi-melibatkan-dana-yayasan-akalbudi-188698

Baca juga pandangan pengamal undang-undang Dato’ Rosni Zahari yang memberi ulasan perjalanan kes mahkamah Ahmad Zahid Hamidi yang disifatkan bermotif politik dan berniat jahat

http://www.pnbbcportal.com/2020/05/31/ada-sinar-di-mahkamah-bagi-kes-zahid-hamidi/

Imbas kembali ungkapan keramat Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid tanggal 2 Mac 2020 :

“Saya akan membersihkan diri saya di mahkamah tanpa pengguguran kes,

“Saya mahu mahkamah menentukan keputusan walaupun tuduhan ini adalah pendakwaan politik dan terpilih,” tegas Zahid dalam satu kenyataan.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s