Category Archives: Uncategorized

Video Boy Iman Tunjuk Bukti Banglo RM50 Ribu Projeknya

Advertisements

Kenyataan Media Ust Zamihan Aswaja Isu GodFather MP Khalid Samad PAN

KENYATAAN MEDIA

1.Saya memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang membuat tuduhan jahat kononnya ada ‘GodFather’ yang melindungi saya melalui artikel disiarkan Malaysiakini dan Free Malaysia Today (FMT). Kenyataan Khalid bukan saja cuba memburukkan imej saya malah beliau dilihat suka mengambil kesempatan terhadap isu yang tercetus demi kepentingan politik beliau khususnya pembangkang.

2. Jika benar saya dilindungi oleh ‘GodFather’ maka saya mencabar pemimpin PAN itu untuk mendedahkan siapa ‘GodFather’ seperti yang dimaksudkan beliau. Ia sesuai dengan kaedah fiqh:

البينة على المدعي واليمين على من انكر

3. Jika khalid gagal berbuat demikian ini bermakna beliau salah seorang pemimpin PAN yang suka berbohong malah gemar memfitnah individu yang berbeza fahaman agama dengan beliau.

4. Oleh itu saya mahu khalid Samad mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kerana kenyataan beliau jelas berniat jahat dan cuba merosakkan imej saya, jika gagal berbuat demikian saya akan meminta peguam saya untuk mangambil tindakan undang-undang terhadap beliau tanpa prejudis.

5. Saya juga bersedia untuk bersemuka dengan Khalid Samad bagi mencari kebenaran dalam isu ini. Wacana berkenaan boleh diadakan dalam bentuk diskusi, forum mahupun debat di mana-mana saja lokasi yang beliau tetapkan. Sebagai seorang pemimpin beliau harus cermat dan tidak sepatutnya membuat tuduhan melulu tanpa sebarang bukti.

ASWAJA BERJUANG DEMI ALLAH DAN RASUL BUKAN GODFATHER

Ustaz Dr Zamihan Mat Zin

Presiden ASWAJA

18 Oktober 2017

Kenyataan Media Us Zamihan ASWAJA Susulan Ditarik Tauliah di Selangor

KENYATAAN MEDIA

1. Saya sedia maklum akan keputusan pelucutan tauliah mengajar agama saya di Selangor seperti mana titah Tuanku Sultan. Sebagai rakyat biasa yang menjunjung tinggi institusi diraja, saya akur dan patuh kepada keputusan dan titah Tuanku Sultan.

2. Begitu juga saya sekali lagi merafak sembah memohon maaf terhadap Tuanku Sultan, sekiranya Baginda terguris hati dengan tutur kata saya ketika menyampaikan ceramah agama di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jamaah tempohari. Sesungguhnya saya selaku rakyat biasa tiada niat untuk menghina institusi diraja melainkan hanya sekadar menyampaikan dakwah akidah Ahli Sunnah dan mengulas ketentuan hukum fiqh menurut Islam.

3. Sesungguhnya saya menghormati keputusan Tuanku Sultan dan baginda berhak untuk membuat keputusan tersebut sebagai waliyyul amri ataupun seorang ketua agama.

4. Saya hanya mencurahkan khidmat untuk agama dan ummah, sekiranya khidmat saya dirasakan sudah tidak diperlukan, saya menghormati keputusan tersebut, bagaimanapun saya akan terus berkhidmat dengan cara dan di tempat yang sesuai. Sesungguhnya kebenaran dan perjuangan dakwah Islam tidak pernah terhenti sehingga hari kiamat.

5. Oleh itu saya menyeru semua pihak supaya menghentikan adu domba dan sikap ingin melaga-lagakan sesama umat Islam dan ada baiknya kita semua fokus kepada menolak ancaman dan tipu daya golongan yang cuba merosakkan Islam dari dalam seperti Wahhabi, Syiah, Liberalisme Agama dan lain2 ajaran sesat. Mereka sememangnya suka melihat umat Islam bercakaran dan berpecah sesama sendiri.

Ustaz Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari

Presiden ASWAJA

17 Oktober 2017

Jawapan : Kajian Ringkas 6.6 % Tentera UMNO Maya Didedah TPM @Zahid_Hamidi 

Zahid TPM Kena Serang Sebut Fakta Sebenar 6.6 Persen

1. Kecoh seantero alam internet bila tpm kita dah sebut angka sangat rendah berhubung keberkesanan tentera siber pro BN hanya 6.6% 

2. Ramai taiko fikir periuk nasi tender ali baba salin kulit fikir mereka mula diganggu Zahid tpm kerana laporan mereka kepada pihak boss BN mungkin sangat bagus.

3. Sekali tengok kajian universiti yang belum disebut Zahid tpm ini jika didedah pun belum tentu diterima puak yang sudah mula naik hantu dengan kenyataan Zahid.

4. Ada yang sebut balik kes Blue Army kes itu kes ini hingga menuduh Zahid tpm tidak mesra media sosial.

5. Mereka mungkin fikir Zahid boleh jumpa macam kawan mereka. Padahal tugas jadi orang no2 bukan senang dan masa sangat tegang.

6. Kalau ikut akal fikiran manusia memang jumlah tentera kita perang di internet semakin kurang. Lihat senarai blog boleh dikira dengan jari blog mana masih aktif.

7. Dulu memang betul ramai update rajin update selalu berlumba untuk update agar ranking alexa makin naik. Sekarang?

8. Dulu ramai yang sokong Tun M sokong BN. Lepas pecah jadi parti lain mereka sudah jadi pembangkang. Kira juga jentera tentera maya Muhyiddin Shafie Mukhriz dll berapa sudah pergi jadi puak pembangkang ?

9. Ada juga yang sudah meninggal dunia turut jadi punca gerakan kita makin kurang.

10. Dulu kita ada unit media baru kini sudah dibubar dan baru mula nak digerakkan kembali di bawah JITU.

11. Bila tentera maya melenting kenyataan Zahid Tpm mereka mungkin terlupa kenyataan Zahid bukan macam budak sekolah.

12. Dengan Ijazah Doktor Falsafah bidang komunikasi sudah tentu Zahid tpm bukan calang pemimpin mahu sebut sebarangan nombor atau kajian.

13. Masih lagi sekarang puak kita bergaduh sesama sendiri. Maka peratusan tenaga dan masa puak kita diguna untuk melemahkan sesama sendiri. Bila peratusan kita mahu naik dalam internet?

14. Zahid tpm sebut contoh India dan Amerika. Presiden guna media sosial walau Trump tidak digemari kerana kenyataan biadapnya namun persepsi rakyat sokong kepresidenan hingga berjaya jadi Presiden Amerika.

15. Baik kita pikior baliklah cerdik atau idak kita mahu balun Zahid tpm dengan berbagai alasan tidak cerdik.

16. Kadang kala kita rasa kita kuat dan tulisan kita seperti tidak ada apa-apa kesan tetapi perkataan burukkan orang terutama pemimpin akan kekal rekod dalam alam maya jadi bacaan orang hinggalah ia dipadam.

17. Jika baik maka pahala jawabnya. Jika buruk maka neraka kesudahan mereka. Naizubillah Min zalik

Udah udahlah yeop jangan buang masa balun Zahid tpm atau orang lain semata-mata nak cari reda manusia dan cari perhatian untuk mudah laluan jadi kaya banyak wang boleh belanja di mana-mana….

Zahid tidak pernah gagal memuji jasa cybertroperkita dalam ucapannya di PWTC tiap tahun jadi jangan tuduh Zahid lupa jasa kita berjuang alam maya…

YB TS Annuar Musa Dedah Plot Agenda Mahathir

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) — Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup melakukan apa sahaja termasuk mempergunakan orang lain demi mencapai agenda politik peribadinya.

Annuar berkata bekas perdana menteri itu merupakan seorang strategis dan sepanjang karier politiknya, matlamatnya sentiasa menghalalkan cara.

“Beliau seorang strategis. Kita perlu lihat beberapa langkah ke hadapan
termasuk apa yang telah dilakukan baru-baru ini (Deklarasi Mahathir yang
bertujuan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak).

“Bagi Dr Mahathir, (apabila bersekongkol dengan pembangkang), matlamat
menghalalkan cara dan beliau sangat cekap dalam menggunakan orang lain demi merealisasikan impiannya,” kata Annuar ketika menjadi tetamu program ‘Soal
Jawab’ di TV3, Sri Pentas, hari ini.

Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh berkata permainan politik itu juga
dapat dilihat sepanjang beliau (Dr Mahathir) memimpin negara ini sebagai perdana menteri ke-4.

“Ada satu waktu, beliau tidak suka kepada Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li kerana sebab tertentu. Bayangkan, Ku Li, orang yang bina PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra), urus perbelanjaan parti, juga Naib Presiden (ketika itu) tetapi
Mahathir tidak suka caranya.

“Oleh kerana beliau tidak mahu mengambil Ku Li, maka atas kepintaran
politiknya, jawatan itu dipertandingkan dan secara langsung dia beri sokongan
kepada (Datuk Seri) Musa Hitam (kini Tun) untuk mengalahkan Ku Li,” katanya.

Annuar mendakwa, namun selepas Dr Mahathir tidak selesa dengan pengaruh
Musa, beliau mula mempergunakan Tun Ghafar Baba menyingkirkan Musa.

Namun selepas itu, Dr Mahathir berpaling tadah lagi dan memberi sokongan
kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga memenangi jawatan menjadi timbalan presiden UMNO dengan menyingkirkan Ghafar.

“Apabila perjalanan politik Anwar menjadi kuat malah membina kekuatannya
sendiri yang akhirnya menimbulkan lagi kebimbangan, maka Dr Mahathir sekali lagi
menggunakan strategi dan permainan yang sama untuk menyingkirkan Anwar,”
katanya.

Annuar berkata Dr Mahathir kemudian sekali lagi mempergunakan Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah yang merupakan anak jati Pulau Pinang untuk menjadi
Timbalan Presiden UMNO yang seterusnya menjadi Perdana Menteri.

“Usaha itu dengan harapan kuasa masih di tangan Dr Mahathir sehingga di saat
beliau tidak menyukai Paklah, Datuk Seri Najib pula digunakan.

Dan terkini, beliau menggunakan Tan Sri Muhyiddin Yassin pula untuk mengatur segalanya bagi
memastikan usaha beliau menjatuhkan Najib berjalan lancar.

“Memandangkan usaha tersebut gagal, Dr Mahathir menjelmakan pula Deklarasi
Rakyat (Jumaat lepas). Malah beliau sanggup bekerjasama dengan pembangkang setelah tidak mendapat sokongan dari UMNO sendiri termasuk dalam isu pemecatan anaknya, (Datuk Seri) Mukhriz,” dakwanya.

Annuar berkata apa yang dilakukan Mahathir itu jelas tidak melambangkan
perjuangannya dalam parti tetapi lebih kepada dendam, kepentingan dan agenda
peribadi. – BERNAMA

Cubaan RPK Tuduh Azmin berpakat Dengan Muhyiddin Guling Kerajaan Sangat Serius !

Artikel blog Pisau sangat mengejutkan…Kita khuatir tuduhan ini jika tidak dinafikan boleh mencakar imej Muhyiddin.

RPK bukan semua boleh dipercayai namun jika dituduh dengan tuduhan palsu wajib kita menafikan dengan sekerasnya.

Baca artikel pisau.net di bawah :

Home / UMNO / “The Big One” Satu Lagi Plot Menjatuhkan Najib?

“The Big One” Satu Lagi Plot Menjatuhkan Najib?

Posted by: pisau in UMNO 3 days ago 0 299 Views

Baru baru ini blog RPK dan Portal PRU14.TV mendedahkan kononnya berlaku satu plot menjatuhkan Perdana Menteri.

Situasi menjadi panas apabila pendedahan ini membabitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Pisau tertanya tanya mengapa RPK dan portal PRU14 mendedahkan plot ini ditambah membabitkan ramai pemimpin tertinggi pembangkang..adakah ia hanya satu rekaan atau benar benar berlaku..

RPK dan PRU14.TV mendakwa berlakunya perjumpaan sulit diantara Azmin apatah lagi alasan Azmin ketika disoal wartawan katanya perjumpaan membincangkan isu air di Selangor sedangkan Azmin seharusnya berbincang dengan Menteri yang bertanggungjawab yang mengendalikan isu air bukannya Tan Sri Muhyiddin.

Begitu juga penafian Azmin mengenai pertemuan beliau bersama Tun Dr Mahathir,sedangkan dakwaan RPK dan Portal PARU14.TV berlaku perancangan untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Najib.
Namun sudah ada Menteri yang bertanggungjawab bagi mengendalikan isu air. Beliau adalah orang yang akan menyelesaikan rundingan air antara negeri dan kerajaan persekutuan. Apa kaitan Timbalan Perdana Menteri dengan isu air?

Begitu juga apabila Azmin menafikan yang beliau ada berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad di London. Beliau menafikan ia sekeras-kerasnya ‘, seperti beliau menafikan ‘ sekeras-kerasnya ‘ yang perjumpaan beliau dan Muhyiddin merupakan perancangan plot undi tidak percaya terhadap Najib. Tetapi kini, telah disahkan bahawa Azmin sebenarnya, telah bertemu Dr Mahathir di London.

Tujuan mesyuarat di London adalah untuk Azmin sampaikan mesej dari Anwar Ibrahim. Pakatan Rakyat akan menyokong sebarang langkah untuk menggulingkan Najib jika Dr Mahathir boleh bersetuju dengan syarat pengampunan Anwar untuk membebaskan beliau dari penjara.
Walaubagaimanapun, Dr Mahathir, menolak cadangan tersebut.

Jika pengampunan dan pembebasan Anwar adalah sebahagian daripada perjanjian itu maka Dr Mahathir tidak berminat. Anwar tidak boleh menjadi sebahagian daripada syarat-syaratnya.

Keesokan harinya Azmin terbang balik ke Malaysia dan dua hari kemudian beliau pergi berjumpa Anwar di Penjara Sungai Buloh (lihat gambar di bawah) untuk menyampaikan berita buruk tersebut. Dan berita buruk adalah ‘tiada persetujuan’.

RPK dan PRU14.TV mendedahkan Plan A,B dan C :KLIK SINI

Tetapi yang menjadi perhatian Pisau apakah plot Plan X..apakah yang dimaksudkan “The Big One” ada rancangan fitnah berskala lebih besar dari 1MDB kah?

Kenapa perlu tunggu bulan Oktober? Bukan sekarang?

Jadi ianya kelihatan seperti Pelan C, seperti Pelan A dan B, telah gagal. Jadi mereka mungkin terpaksa menggunakan ke pelan terakhir, iaitu pelan X. Saya boleh lebih atau kurang ‘bau’ apakah pelan X tersebut kerana seorang pemimpin pembangkang telah memberi amaran kepada saya mengenai ‘The Big One’, yang akan datang pada bulan Oktober.

Apakah ‘The Big One’? Dan mengapa ia akan datang dalam bulan Oktober? Pemimpin pembangkang tidak memberitahu saya selain daripada ‘The Big One” akan berlaku pada bulan Oktober. Dan adakah ‘Big One’ merupakan Pelan X?

Sheesh. Oktober hanya dua bulan lagi dari sekarang. Adakah kita perlu menunggu dua bulan lagi sebelum kita tahu apa dia ‘The Big One’ dan sama ada ianya merupakan pelan X? Dan adakah Najib juga tahu apa ‘The Big One’? Dan adakah beliau mempunyai rancangan untuk pre-empt bagaimana menggagalkan ‘The One Big’ sepertimana beliau pra-empted Pelan A, B dan C? :Selanjutnya klik sini
Yang menjadi persoalan mengapa tiada penafian daripada Tan Sri Muhyiddin mengenai pendedahan RPK dan Portal PRU14.TV.
Atas alasan apa sekali pun,mengapa pihak Tan Sri Muhyiddin tidak menafikan dakwaan serius ini? Kenapa dibiarkan nama beliau dikaitkan dengan pemimpin tertinggi pembangkang.

Baca seterusnya http://www.pisau.net/the-big-one-satu-lagi-plot-menjatuhkan-najib/