KIMMA perlu dijadikan anggota BN !

Kimma wajar di terima menjadi parti komponen Barisan Nasional kerana tiada paksaan untuk asimilasi di negara ini dikuatkuasakan dan ini membuatkan tiada sebab untuk masyarakat India Muslim yang mahukan parti sendiri, ternafi hak mereka.

Kimma terdiri dari ahli yang bertutur bahasa Tamil dan beragama Islam. Mereka antara rakyat Malaysia yang hidup makmur melalui perniagaan yang cemerlang. Mereka tidak dapat menyertai MIC yang sinonim dengan kuil, dan tidak diseru untuk menyertai UMNO mungkin kerana faktor bahasa yang menjadi asas struktur negara ini.

Apa yang dibimbangkan ialah apabila Pakatan Rakyat terlalu memerlukan parti komponen bagi membolehkan ianya didaftarkan. Ini akan mendorong usaha pemimpin de facto Pakatan Rakyat untuk mengemukakan agenda konspirasinya bagi merampas Kimma melalui sengketa dalaman.

Pakatan Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 7 parti komponen untuk didaftarkan sebagai sebuah organisasi politik bersekutu.

Ini akan membuka peluang kepada parti-parti yang kemaruk ini untuk memulakan kempen psikologi dan menjalankan taktik-taktik kotor.

Malaysia yang tidak mengamalkan dasar asimilasi sewajarnya menerima sebuah lagi parti orang Islam di dalam Barisan Nasional.

Kimma sebagai sebuah parti yang setia mendukung Barisan Nasional seharusnya layak di terima ke dalam Barisan Nasional dan merintis penambahbaikan Barisan Nasional dengan penyertaan sebuah parti yang dipimpin orang Islam di dalam Barisan Nasional.

ditulis oleh Ipoh Malay di sini http://ipohmalay.blogspot.com/2009/10/kimma-perlu-dijadikan-anggota-bn.html

Leave a comment