Tag Archives: Hishamudin Rais

Hishamuddin Rais menangis kerana group rocksnya dibelasah !- Malaysiakini

Petikan berita kejadian semasa konsert protes semalan :

Penulis kolum terkenal Hishamuddin Rais, yang turut terlibat menganjurkan segmen muzik dalam perhimpunan sehari suntuk semalam, kemudiannya memohon maaf kepada para penonton dan berkata beliau bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

Beliau juga menjelaskan beliau yang membawa kumpulan tersebut dan mereka tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik.

Hishamuddin juga kelihatan terlalu sedih dan mengalirkan air mata. ( malaysiakini )

Group mereka memang group liar…Punk… Underground… Bebas… Anda boleh saksikan kisah dan promosi gig dan group mereka di blog : http://ricecooker.kerbau.com/

Anda boleh lihat poster pembangkang di blog mereka

image

dan merekalah antara group yang cuba dibawa bagi ‘ meliwat’ prinsip anti maksiat PAS sehingga mendidihlah 700 unit AMAL hingga bertindak keluar stadium. Justeru, 2,500 ditolak 700 tentu menjadikan baki 1,800 unit yang lain berkawal di dalam dewan, mungkin antara yang tersinggung ekoran perbuatan terlondeh atau melondeh seluar penyanyi group ‘liar’ Carburetor Dung hingga membelasah dan memukul perbuatan biadap tersebut semalam.

Tidak timbul isu provokasi seperti yang didakwa vokalis tersebut hingga menzahirkan kepada kita sebenarnya PKR cuba ‘ bermain api’ dengan ahli PAS dan tidak tahu menjaga sensiviti mereka dan juga khalayak yang hadir..Kenyataan yang disiarkan Malaysiakini mendakwa ada provokasi ; adalah satu usaha menutup malu mereka yang masih cuba ‘ membaratkan’ para pengunjung ‘karnival’ Protes yang diselanggara oleh orang besar PAS sendiri iaitu Dr Hatta Ramli…

Tengok gambar anak Ahli PAS ini ( bawah ) yang terpaksa melihat perbuatan melondeh seluar oleh group tersebutprotes fuel price hike rally mppj stadium 070708 13 yang tidak dijangka akan berlaku atau ia sengaja diatur bagi menutup ‘ kekurangan’ hadirin dan hadirat yang sudi membuang minyak masa dan tenaga bagi ‘karnival sure tidak heboh ‘ itu.

Lihatlah bagaimana gambar Malaysiakini ini menunjukkan kezaliman Pakatan Rakyat yang menganiaya ‘fitrah’ budak perempuan yang masih bersih dari dosa dengan menghidangkannya hiburan underground indie yang tidak senonoh.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 07

Inilah hasil kerja yang tidak sama antara Hj Hadi yang berkomplot dengan Anwar yang tidak kira apa sahaja asalkan dapat mencapai kuasa yang dipegang

selama ini oleh Barisan Nasional !

Lihat lagi gambar sebelah kanan anda, juga dari Malaysiakini, pastinya dari ahli PAS yang sedang murung mungkin kerana ‘ konsert’ liar yang cuba dipopularkan dan di’suap’ oleh Hishamudin Rais yang selalu menulis dan disiar tulisannya di Malaysiakini…

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 04

Apa nak jadi sekarang ini ? Mungkin pak cik di kiri anda akan menyesal kerana menghabiskan masa, wang dan tenaganya bagi acara sia sia ini. Mungkin lain kali sukar baginya memberikan kerjasama dan mengunjungi lagi protes ‘buang masa’ dan ‘konsert gila’ seperti yang kita saksikan di dada akhbar sejak semalam lagi hingga hari ini…

Kita akan tunggu adakah ahli PAS akan terus mendiamkan diri atau mendesak atau terus keluar parti dan memprotes PKR dan PAS yang nampaknya masih ‘selesa’ bekerjasama walhal ahli di bawah sudah ‘merana’ kerana diguris perasaan mereka dari hari ke hari.