‘Malaysia Baru’ Hilang RM 164 Billion???

MASZLEE MALIK BOLEH LUPAKAN NAK TAMBAH PEMBANTU GURU

DR DZUL LUPAKAN PASAL NAK LEBIH BAJET KESIHATAN

PENJAWAT AWAM BOLEH LUPAKAN NAK DAPAT KENAIKAN GAJI DAN TIME BASES YG LEBIH CEPAT

JUMLAH PENJAWAT AWAM YANG NAK DIKURANGKAN BUKAN 17,000, SILAP2 400,000

KENAPA? KERANA APABILA PAKATAN GILA NAK MENANG PILIHAN RAYA, MEREKA BUAT JANJI BUKAN2 DAN AKHIRNYA TERPAKSA POTONG SANA SINI SEBAB DUIT TAK CUKUP

Minggu lepas MOF dan kementerian2 jadi PANIK apabila PM nak laksana 10 Janji dalam masa 100 hari. Kenapa panik? Sebab duit kerajaan tak cukup la.. Kenapa tak cukup?

1. Sifarkan GST – pendapatan kerajaan hilang RM45 bilion

2. Teruskan subsidi pukal untuk minyak – belanja bertambah RM20 bilion, lebih tinggi kenaikan harga minyak, akan lebih tinggi jumlah subsidi perlu dibelanjakan

3. Teruskan BR1M – perbelanjaan RM7 bilion

4. Tak kutip PTPTN – hilang RM7 bilion

5. Hapuskan PTPTN – hilang RM40 bilion

6. Hapuskan Tol – belanja lagi RM40 bilion

7. Bayar hutang peneroka Felda – belanja tambahan RM5 bilion

8. Royalti minyak 20% bagi Sabah, Sarawak, Terengganu dam Kelantan – anggaran belanja tambahan RM40 bilion

Ini sahaja dah RM164 bilion..

Kenapa MOF dan KSU2 kementerian panik? Akibat memilih dasar yang salah dan merugikan negara, MOF dan KSU2 tidak ada pilihan melainkan

1. Hentikan atau swastakan lebih 100,000 pegawai kerajaan

2. Tiada kenaikan gaji penjawat awam Jun ini

3. Kecilkan kementerian, gabungkan jabatan, kurangkan jumlah kementerian (boleh akibatkan perkhidmatan awam hilang kecekapan)

4. Potong bajet dan program2 kementerian (akan akibatkan pertumbuhan ekonomi terjejas)

Apa lagi langkah kerajaan Pakatan yang akan jerumuskan negara ke arah defisit dan kebangkrapan

1. Semakan semula projek2 pelaburan asing (projek lambat dilaksanakan, pelabur lari dan hilang minat – akibatkan ekonomi dan peluang pekerjaan terjejas)

2. Gaji minimum RM1500 akibatkan pelabur lari ke negara dengan kos buruh lebih murah

Apabila keadaan makin buruk, hati2lah, perhatikan di mana wang akan disamun dan digunakan untuk selamatkan negara dari terus menuju kebangkrapan. Mereka akan gunakan sumber2 ini

1. Rizab RM430 bilion

2. Petronas

3. Kwsp, Kwap, LTAT, Tabung Haji

Sumber Dato Lokman Adam

Leave a comment